Sepanjang berjalan di Harmony Mall yang terletak berdekatan dengan Market Teresang di Kapit, kami tertarik dengan 2 alatan kreatif ini yang dicipta oleh komuniti lokal.
Kedua-dua alatan ini digunakan untuk mempercepatkan proses penyediaan bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan kraftangan berasaskan rotan dan tali plastik.
Alatan kreatif pertama seperti foto dibawah adalah untuk tujuan merata dan menipiskan rotan.
Jika kaedah tradisi, alatan seperti pisau akan digunakan untuk tujuan tersebut.
Namun dengan penggunaan alatan kreatif ini, ia akan dapat membantu mempercepat dan mempermudahkan lagi tugasan si pembuatan kraftangan, terutama dari segi penyediaan bahan-bahan rotan yang siap digunakan untuk anyaman.
Alatan kreatif kedua pula digunakan untuk membelah tali plastik yang digunakan dalam anyaman bagi menghasil produk kraftangan. Ia mempunyai beberapa saiz seperti belahan 2, 3 dan belahan 4.
Cara penggunaannya cukup mudah, hanya perlu masukkan tali plastik dari penghujung dan kemudiaannya ditolak sehingga keluar pada penghujung yang satu lain. Maka, akan terhasil belahan-belahan tali plastik mengikut saiz diingini.
Berikut rakaman video yang menunjukkan cara penggunaan kedua-dua alatan tersebut.