4 Status Facebook Tentang Jagung Yang Paling Win & Buat Kamu Teruja Membacanya

    2085

    Sehari dua ini tular perkataan jagung dan setahun jagung di laman media sosial Facebook.

    Pelbagai reaksi netizen akan isu setahun jagung yang diluahkan di Facebook dengan daya kreativiti masing-masing.

    1. Lawak Cikgu Vs Anak Murid

    Status lawak yang dimuatkan naik oleh laman Facebook Viral Media Johor ternyata amat menghiburkan para pengguna media sosial.

    Lawak tersebut diubahsuai dari lawak berkaitan gajah yang pernah tular suatu ketika dulu.

    Dalam tempoh 12 jam, tulisan tersebut telah dikongsikan sebanyak 300kali.

    Berikut adalah status yang dimuatnaik di Viral Media Johor itu:

    “Murid-murid, buah apa yang bermula dengan huruf ‘J’?”
    Murid paling depan bangun menjawab.
    “Jagung, cikgu.”

    Lalu dia dipuji oleh cikgu itu dengan penuh bangga.
    “Bagus, cerdik jawapan awak.”
    “Soalan seterusnya, buah apa pula yang bermula dengan huruf ‘D’?”

    Semua murid tidak dapat menjawab, lalu murid yang dipuji tadi bangun lagi.
    “Dua buah jagung, cikgu,” jawapan penuh yakin.

    Murid-murid lain tergelak sampai senak perut. Cikgu mula marah.
    “Awak berdiri atas kerusi,” kata cikgu.

    “Soalan seterusnya, buah apa pula yang bermula dengan huruf ‘M’?”
    Semua diam.
    Bila tiada yang menjawab, murid yang berdiri atas kerusi bersuara.
    “Mungkin jagung.”

    “Awak pergi berdiri luar kelas!” jerit cikgu yang mula stres.

    “Soalan terakhir. Buah apa pula yang bermula dengan huruf ‘E’?”
    Macam tadi juga, tiada murid yang dapat menjawab. Kelas sunyi sepi.
    Tiba-tiba, dari luar kelas, murid tadi menjawab lagi.
    “Entah-Entah jagung.”

    Cikgu menghalau murid berkenaan dari luar kelas. Murid lain yang melihat cikgu tengah marah cuba memujuk hati cikgu. Murid-murid pun meminta cikgu bertanya lagi soalan.

    Cikgu menyuruh ketua kelas melihat di luar bagi memastikan pelajar tadi tiada diluar kelas supaya pembelajaran tidak terganggu.

    Ketua kelas menjengguk dan didapati pelajar yang berada di luar kelas telah tiada hilang entah kemana.

    Setelah pasti pelajar berkenaan tidak mengganggu barulah guru bertanyakan soalan.
    Buah apa yang bermula dengan huruf ‘K’.?

    Seperti tadi semua murid tidak dapat memberikan jawapan. Setelah suasana senyap selama satu minit , tiba-tiba terdengar suara di pembesar suara sekolah yang berbunyi ‘kompom jagung”

    Cikgu pun pengsan sebab walaupun dia samseng ada lagi org lebih samseng dari dia

    2. Seloka Setahun Jagung

    Pengguna media sosial bernama Helen Diyu pula siap dengan seloka setahun jagung:

    Jagung bukan sebarang jagung,

    Walaupun baru setahun jagung,

    Boleh buat semua binggung,

    Kalau ketiak bau tengung

    3. Kenali Spesis Jagung

    Jamu Mak Darot” menerusi laman FB nya berkongsi panduan mengenal pasti jenis jagung.

    Ada 4 spesisnya, ada jagung masih dara, jagung jantan, jagung samseng dan setahun jagung, siap dengan foto ilutrasi sekali.

    Spesis jagung (Kredit Foto: Jamu Mak Darot)

    Post tersebut telah dikongsikan lebih 900 kali oleh para pengguna media sosial.

    Ooopppp! Lupa pesan, kalau pergi ke pasar atau tamu mahu beli jagung, panduan ini tidak boleh diguna pakai ya. Jangan sesekali rujuk panduan ini. Nanti kamu kena “jagung” dengan si penjual, sendiri tanggung.

    4. Biarlah Jadi Jagung, Asal Bukan Tempoyak Basi

    Ada perkongsian yang dimuatkan membuat kita rasa terhibur, ada juga yang buat anda rasa tercubit.

    Antara status yang kiranya mencubit (cubitan sakit yang manis) adalah menerusi nurkilan Cikgu Emmet yang sememangnya seorang peribadi yang cukup dikenali dalam kalangan pengguna media sosial di Sarawak.

    Dalam ulasan artikelnya akan isu terkait dengan “setahun jagung” yang telah dikongsikan lebih 4k kali di laman Facebook, Cikgu Emmet mengakhiri tulisanya dengan kata-kata berikut:

    “Biarlah menjadi jagung, asal jangan menjadi tempoyak basi yang kononnya bangga asalnya dari durian, tapi makin lama makin membusuk” – Cikgu Emmet.

    Itulah antara perkongsian kreatif para pengguna media sosial gara-gara isu “setahun jagung’ yang timbul baru-baru ini. Belum lagi status-status yang promosi jualan jagung, foto yang “menjagungkan” menara berkembar, t-shirt dan lain-lain. Kreatif! Sungguh!

    Terakhir, pesanan ikhlas dari kami, kawalan diri itu adalah penting, apa-apa pun terjadi, kena kawal emosi diri supaya tidak suka-suka kita “menjagungkan” orang lain, yang akhirnya mendatangkan susah kepada diri kita sendiri.

    Comments

    comments