Pemain ranking nombor 1 dunia Lee Chong Wei dan bintang sensasi China, Lin Dan akan berentap di pentas final Terbuka Malaysia hari ini, dijadualkan bermula pada 1.00petang ini di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Dilaporkan ramai antara peminat badminton tanah air, di Sarawak telah mula beratur seawal 4.00pagi lagi. Ada juga yang seawal 2.00pagi sudah berkumpul di situ.

Menurut catatan seorang pengguna media sosial, Andy Ng “perlawanan akhir akan bermula pada  pukul 1.00petang. Saya mengambil keputusan untuk beratur pada pukul 4.30pagi, tetapi keputusan saya adalah salah. Di hadapan giliran saya, sudah ada sekitar 100orang beratur dan jumlah ini semakin ramai”.

Semalam, media melaporkan sokongan padu daripada peminat badminton Sarawak mendapat pujian daripada Lee Chong Wei dan Lin Dan.

Chong Wei dilaporkan berkata beliau gembira melihat 85 peratus daripada stadium penuh dengan peminat dan berharap lebih banyak kejohanan badminton antarabangsa boleh diadakan di Sarawak.

Sementara itu, Lin Dan dari China pula terkejut dengan reaksi peminat Sarawak. “Buat kali pertama, saya menerima banyak sorakan dan tepukan daripada penonton di luar China”.

Comments

comments