Pernah Tidak Mahu Ke Sekolah & Gagal Peperiksaan. Kini Anak Sarawak Ini Sudah Miliki PhD Pada Usia 29 Tahun

1562

Waktu masih kecil Dr. Anitha Rosland pernah diikat oleh bapanya kerana tidak mahu pergi ke sekolah. Beliau hanya murid biasa sahaja, mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Dato Traoh Kota Samarahan dan SK Tabuan.

Dr. Anitha Rosland kemudiannya menyambung pelajaran menengah di SMK Agama SHOAW Matang. Beliau pernah gagal dalam peperiksaan MEDSI untuk pengajian Islam membuatkan beliau terpaksa menukar pengkhususan bidang pengajian.

Semangat tidak mudah berputus asa dan mahu terus berusaha membolehkan Dr. Anitha Rosland mengatasi segala halangan dan cabaran dalam perjalanan melanjutkan pengajinya. Usahanya itu membuahkan hasil apabila beliau lulus viva voce bagi PhD (Doktor Falsafah) di Universiti Malaya (UM) pada 9hb Disember 2016 yang lalu. Beliau hanya berusia 29 tahun ketika itu.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan ibubapa dan keluarga tetapi masyarakat Sarawak juga kerana beliau adalah antara pelajar lulusan PhD muda.

Menurut kakaknya Cikgu Alisa Rosland, adiknya berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan ini kerana mahu membuktikan bahawa bukan semua yang ‘biasa’ itu tidak boleh menjadi ‘luarbiasa’.

Hari ini Dr Anitha Rosland membuktikan bahawa berjaya atau kegagalan bukanlah nasib semata-mata tetapi bersandar pada usaha. Baginya untuk berjaya atau gagal adalah satu PILIHAN. Namun bagi Dr Anitha, beliau memilih untuk berjaya dalam perjuangannya.

Comments

comments