Gadis Tenom Jatuh Cinta Pada Sape

    1194

    Noor Suzila Yatim, lahir pada 3 Mac 1993. Gadis dari suku Murut Tahol ini berasal daripada Tenom, Sabah. Beliau adalah pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Persuratan Melayu) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Noor Suzila ialah seorang yang mempelajari bidang Kesusasteraan dan kebudayaan. Beliau juga aktif mempelajari ilmu baharu. Beliau nukan sahaja seorang pemimpin pelajar, aktivis Alam sekitar di peringkat universiti tetapi juga adalah seorang yang aktif mengikuti program-program luar.

    Menurut Noor Suzila, beliau buat kali pertama mendengar irama Sape yang dimainkan Saufi Aiman Yahya di Taylor’s University.

    “Keunikan Sape yang sangat berbeza daripada guitar kerana ia boleh dimainkan untuk apa jua jenis genre muzik dan amat memukau jiwa yang mendengar. Motivasi saya ingin belajar adalah untuk memartabatkan industri muzik tempatan orang Borneo yang sangat berpotensi dikomersialkan ke persada dunia kerana ia unik dan berbeza berbanding alat muzik lain” ujarnya.

    Bagi Noor Suzila yang baru mempelajari Sape, ia adalah amat mudah untuk dipelajari berbanding dengan instrumen lain!

    “Belajar Sape bukan sahaja dapat bergaul dengan ramai kaum dan pihak tetapi dapat meningkatkan kemahiran sampingan supaya boleh berdiri dengan kemahiran yang jarang dimiliki oleh anak muda masa kini. Seronok! Dan amat berbaloi”. demikian diluahkan oleh Noor Suzila

    “Harapan saya adalah, moga masa depan muzik Sape akan dilestarikan melalui pelbagai genre muzik khususnya untuk masa akan datang. Buat generasi muda, carilah kelainan dalam memperjuangkan muzik Sape ke peringkat tinggi supaya dapat memelihara warisan budaya yang bukan sahaja dimiliki oleh orang Ulu, Sarawak tetapi boleh dipelajari oleh Semua pihak. Ia merupakan inisiatif dalam memupuk perpaduan kaum dalam menyatukan masyarakat melalui seni iaitu muzik” tambahnya lagi.

    Muzik Sape adalah merupakan sebuah perkara baharu dalam masyarakat Malaysia kerana ia belum tular dikenali ramai. Oleh itu, hendaklah Kita menyokong dengan mengenali seni muzik Sape.

    Comments

    comments