SMK Tatau, Bintulu, Sarawak dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Petronas All About Youth 2016 sekaligus membolehkan pasukan SMK Tatau membawa pulang hadiah utama bernilai RM50’000.00.
Pasukan SMK Tatau menerusi hasil produk rekacipta dan inovasi mereka iaitu Green Toilet berhasil mengungguli Pertandingan akhir Petronas All About Youth yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 29 November 2016 .
Pasukan yang diberi nama “Crystal Drop” ini dibawah bimbingan Cikgu Alexander Anak Andrew Kana dan Cikgu Mohd Hairol Bin Bisel beserta 20 orang pelajar telah pun diasaskan pada tahun 2014 bagi menyertai Petronas All About Youth.
Petronas All About Youth adalah satu pertandingan anjuran pihak Petronas yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan.
Ia adalah satu inisiatif untuk membangunan belia dan mengasah potensi pelajar untuk mencipta, berinovasi, selain memberi pendidikan.
Ianya bukan sekadar inovasi atau rekacipta sahaja, malah merupakan satu platform untuk mendedahkan golongan remaja kepada cara menyumbang kepada komuniti.
Kemenangan pada tahun 2016 ini sekaligus menebus kembali kekecewaan mereka pada tahun 2014 apabila SMK Tatau yang mewakili negeri Sarawak menerusi projek serupa iaitu Gree Toilet hanya mendapat tempat ketiga keseluruhannya.
Menurut guru pembimbing, Cikgu Alexander Anak Andrew Kana, Green Toilet yang dipertandingkan pada tahun ini telah ditambahbaik dengan penambahan 2 komponen iaitu solar gutter light dan eco-cooler.
Selain berjaya mengekalkan kelangsungan projek sebelum ini, pasukan SMK Tatau juga berjaya mengembangkan projek tersebut melalui kerjasama, sehingga salah satu produk mereka iaitu Unit Penjimatan Air (UPA) berjaya diperkenalkan di Cambodia melalui lawatan kemanusiaan Politeknik ke sana beberapa minggu yang lepas.
Melalui hasil penjualan UPA dan sumbangan dana dan kutipan derma, pihak sekolah mampu menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah John Guan di Tatau (2014), bantuan kepada Pusat Sinar Kasih dan sebuah sekolah di Kemboja (2016).
Kejayaan merangkul.gelaran juara adalah hasil usaha, kerjasama dan sokongan dari SMK Tatau, PPD Tatau, SK TATAU, SJKC TATAU, BINTULU Development Authority, NREB, LME Enterprise, politeknik Kuching dan komuniti Tatau.
Hadiah utama bernilai RM50K pula dirancang untuk mengembangkan projek terbaru SMK Tatau iaitu Green Tech Lab untuk menjadikan SMK Tatau sebuah Green School. Ianya juga mungkin digunakan untuk pembangunan pelajar dan aspek kurikulum dan kokurikulum yang dapat membantu menaikkan prestasi pelajar SMK Tatau.